phototrek online

Gunung Santubong -810 Meter ~ KOSMO 5hb Julai 2008
Permusuhan hanya mengundang pertelingkahan. Pertelingkahan tidak pernah menghasilkan sebarang kebaikan. Dek bertelingkahlah, dua orang puteri disumpah menjadi gunung. Yang satu menjadi Gunung Sejinjang manakala yang seorang lagi disumpah menjadi Gunung Santubong. Begitulah lagenda yang mewarnai kehidupan sebahagian masyarakat Sarawak, masyarakat yang mendiami negeri terbesar di Malaysia.

Perjalanan dengan van ke Kampung Budaya Sarawak pada satu pagi memperkenalkan saya dengan Gunung Santubong. Puncak yang mendominasi semenanjung Damai itu jugalah yang melatari indah landskap semulajadi Kampung Budaya Sarawak. Saya begitu teruja tatkala menatap gunung yang menjulang tinggi itu dan menyimpan hasrat untuk menakluki puncaknya. Puncak yang kadangkala tersorok oleh kabus yang memutih walaupun di tengahari tatkala matahari memancar terik.

Peluang yang dinanti-nantikan itu tiba akhirnya di satu pagi yang cerah dan hening. Kami dihantar oleh sebuah van dari tempat penginapan di Santubong Kuching Resort. Namun, saya berasa agak gusar memandangkan pengembaraan untuk menjejaki puncaknya berjalan tanpa seorang penunjuk jalan pun. Hanya isteri jadi teman bicara dengan papan tanda pelbagai warna sebagai panduan. Kami meneliti papan yang tertera peta pelbagai warna dengan petunjuk yang jelas dibaca. Menurut maklumat tersebut, jarak yang perlu kami tempuh untuk ke puncak Gunung Santubong adalah kira-kira tiga kilometer.

Kami bermula pada tepat pukul 8.15 pagi dari Green Paradise Café, sebuah restoran yang dibina daripada kayu dan didirikan di bawah pepohon rendang. Kawasan itu redup dan dingin dengan pelantar kayu dibina untuk kemudahan pengunjung bersiar-siar. Pelantar itu kemudiannya bersambung pula dengan denai hutan yang sarat dengan batu-batu pelbagai saiz, akar-akar kayu yang berselirat dan daun-daun kering yang berguguran.

Kami seterusnya berjalan di atas jambatan kayu yang merentangi sebatang jeram. Apa yang menarik air jernih itu mengalir dalam kuantiti yang kecil sehinggakan jeram itu seolah-olah hanya dipenuhi batu-batu pelbagai saiz, bentuk dan warna. Kami melewati kawasan hutan di sebelah sini dengan hanya berpandukan papan-papan tanda dan warna-warna yang dicat pada pangkal-pangkal pokok.

Warna biru merujuk kepada denai hutan manakala warna merah pula merujuk kepada laluan ke puncak gunung. Kami kemudiannya terduduk keletihan dengan keringat melencuni diri di atas pelantar kayu yang masih terdapat di beberapa kawasan yang kami tempuhi. Berhampiran dengan tempat kami duduk melepak itu tumbuh subur rumpun-rumpun pandan (Pandanus sp). Daun daripada tumbuhan ini amat dihargai, baik di Sarawak maupun di segenap pelosok negara sebagai bahan utama dalam pembuatan tikar bermutu tinggi. Di samping itu, rotan (Calamus sp.) dan bemban (Donax sp.), turut dieksploitasi oleh masyarakat pribumi di sini untuk membuat tikar.

Buah-buah durian (Durio spp.) yang terdampar di atas tanah turut kami temui. Malangnya buah-buah itu telah rosak, mungkin terlalu lama berada di atas tanah dalam persekitaran hutan hujan tropika yang terkenal dengan kelembapan bandingan yang tinggi. Kelembapan yang tinggi ini meransang pertumbuhan agen pereputan utama dalam hutan iaitu kulat.

Kami kemudiannya angkat kaki dan meneruskan perjalanan melalui denai yang sepi daripada sebarang penghuni. Kami tiba di satu persimpangan di mana satu merujuk kepada tanda biru manakala yang satu lagi hanya warna merah, iaitu trek yang akan memabawa kami ke puncak Gunung Santubong. Menurut maklumat yang kami teliti pada peta, laluan yang bertanda biru berjarak kira-kira dua kilometer dan berakhir di Kampung Budaya Sarawak.

Laluan meningkat sedikit kecuramannya sebelum kami mula menuruni trek yang agak curam. Langkah kami terhenti berhampiran cek poin F5 di mana turut menghiasi alam semulajadinya adalah air terjun kecil yang mengalir jernih, dingin dan indah. Terjunan air itu turut membentuk tadahan yang cetek. Kami lantas melabuhkan punggung dan meneguk air penghilang kehausan. Kami telah berjalan kira-kira satu jam 15 minit dengan menempuh jarak melebihi 1.5 kilometer. Turut kelihatan dari tempat kami duduk melepaskan lelah adalah sebuah pondok istirehat kayu.

Pada pukul 10.00 pagi, kami menyambung perjalanan. Selang beberapa minit kemudian, kami tiba di satu persimpangan. Simpang ke kanan yang menuruni bukit dengan papan tanda hijau merujuk kepada Bukit Putri, salah satu laluan ke Gunung Santubong. Manakala yang satu lagi dengan papan tanda merah dijangka akan membawa kami ke puncak. Kecuraman trek menokok secara ketara di tahap ini dan kepenatan menghadapi bukit mencanaknya benar-benar kami rasakan.

Kemudian, kami tiba di cek poin F8 dengan bangku dan meja kayu. Berdasarkan papan yang tergantung di dahan pokok, masih ada 730 meter lagi jarak yang harus kami tempuh. Kami yang benar-benar kemengahan dengan keringat mencurah tanpa henti-henti lantas duduk di atas bangku. Bayu yang menghembus perlahan dari celah-celah dahan pepohon yang menghijau memberikan kesegaran yang amat dinanti-nantikan.

Kami meneruskan perjalanan beberapa minit kemudian melalui denai yang sangat mencanak. Kami turut memanjat tangga yang diperbuat daripada tali dan batang-batang kayu berwarna kehitaman yang berdiameter hampir dua inci. Tangga-tangga yang diletakkan di cerun yang sangat curam ini benar-benar membantu pendakian. Tanpa struktur yang ringkas ini, kami mungkin manghadapi kesulitan untuk meneruskan perjalanan melalui trek yang berselirat dengan batu-batu pejal, akar-akar pokok yang berpintal-pintal dan daun-daun kering yang mereput.

Kami juga terpaksa berhenti sekejap-sekejap di sepanjang perjalanan yang dirasakan begitu panjang dan menekan perasaan. Perasaan gementar turut kami rasakan tatkala berpaut erat pada tangga-tangga tali. Namun, keterujaan menempuh halangan mengatasi segala-galanya. Ia merupakan pengalaman baru buat diri saya kerana di Semenanjung, tangga-tangga aluminium digunakan di beberapa kawasan yang sukar dilepasi seperti di laluan Gunung Ledang dan Gunung Tahan.

Pada kira-kira pukul 12.45 tengahari, setelah berhempas pulas menempuh halangan demi halangan, setelah menempuh cek poin yang berjumlah 15 kesemuanya, kami suami isteri selamat tiba di puncak Gunung Santubong. Puncak berketinggian 810 meter itu begitu sepi dan sememangnya dari awal lagi, hanya kami berdua menempuhi laluannya sehinggalah ke puncak.

Pada awalnya, saya menyangka bahawa kami perlu mengambil masa paling lama pun dua jam untuk menggapai puncak. Rupa-rupanya telahan saya tersilap. Pengalaman mendaki di Semenanjung ke puncak-puncak yang hampir sama altitud dengan Gunung Santubong menunjukkan yang kami tidak mengambil masa yang terlalu panjang. Bagi Gunung Datok di Rembau, kami mengambil paling lama sejam setengah. Manakala bagi Gunung Angsi pula, ianya hanya memakan masa kira-kira dua jam. Walaupun demikian, kami agak terperanjat kerana terpaksa mendaki lebih kurang empat jam untuk menawan puncak Santubong.

Pemandangan dari puncak yang menghadap Laut Cina Selatan itu sememangnya indah menawan. Daratan membiru dengan mukabuminya yang beralun, langit cerah membiru dengan kepulan awan putih kelabu, kesemuanya menenangkan fikiran pada tubuh kami yang dibelenggu keletihan. Bayu laut menghembus lembut, menyegarkan badan yang bermandikan keringat setelah puas menongkah haluan yang sarat dengan halangan demi halangan.

Sepertimana di beberapa lokasi lain, terdapat juga sebuah pondok istirehat, meja dan bangku kayu di kawasan puncak. Kelihatan juga tempat babeku dengan besi lapiknya yang agak berkarat dan dinding batunya yang lusuh. Kami lantas duduk di bawah naungan pondok istirehat sebelum menikmati pek-pek makanan dan minuman yang sentiasa saya galas dalam pek berkapasiti 30 liter di sepanjang laluan.

Pada kira-kira pukul 1.30 tengahari. Selepas bergambar kenangan dan keringat mula tersejat dari badan, kami beransur-ansur meninggal puncak. Kami gayuti kembali tangga tali yang sesetengahnya terpasang di cerun-cerun yang berkecuraman 90 darjah. Di samping itu, ada di antara tangga-tangga tersebut dibina di kawasan yang tingginya 30 hingga 40 kaki.

Kami berhenti, buat kali kedua di air terjun berhampiran cek poin 5. Masa yang singkat itu kami menfaatkan untuk meneguk minuman dingin dan menjana kembali tubuh yang kehilangan tenaga. Kami kemudiannya meneruskan pengembaraan menempuh denai hutan yang keamatan cahayanya makin berkurangan kerana hari telah mula lewat petang.

Kami turut bersua dengan sekumpulan anggota-anggota pengakap yang sedang sibuk bergotong-royong mempersiapkan kawasan tempat mereka berkhemah. Beberapa orang guru pengiring turut kelihatan di mana mereka melemparkan senyuman tatkala kami berdua berjalan pantas menempuhi laluan. Kami turut terserempak dengan seekor cicak kubing yang kemampuan penyamarannya hebat sehinggakan sukar melihatnya di atas denai yang sarat dengan daun-daun kering.

Pada kira-kira pukul 4.45 petang, dengan tibanya kami di perkarangan Green Paradise Café yang dibina berhampiran jalanraya Kuching-Santubong, pengembaraan ini pun tiba di penghujungnya. Van yang menghantar kami di awal pagi kini membawa kami pulang ke tempat penginapan di Santubong Kuching Resort. Beberapa hari kemudian, selepas mengembara di Taman Negara Bako, kami selamat tiba di LCCT (Low Cost Carrier Terminal), Sepang. Taman Negara Bako dan Gunung Santubong, keindahannya memang mengasyikkan.